RCI TH: Alam Maritim sahkan CEO direman SPRM

LocalBusiness & Finance
17 Aug 2026 • 10:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RCI TH: Alam Maritim sahkan CEO direman SPRM

PETALING JAYA – Alam Maritim Resources Berhad mengesahkan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Azmi Ahmad direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Syarikat berkenaan bagaimanapun menegaskan penahanan tersebut tidak berpunca daripada sebarang salah laku.

“Lembaga pengarah telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan kesinambungan operasi kumpulan.

“(Lembaga pengarah juga) akan membuat pengumuman selanjutnya sekiranya terdapat sebarang perkembangan penting,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Sabtu lalu, SPRM menahan tujuh individu termasuk seorang CEO, pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan Tabung Haji bersabit Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan institusi itu.

Bagaimanapun, hanya dua suspek termasuk CEO direman manakala lima lagi dilepaskan dengan jaminan kerana masalah kesihatan. – KOSMO! ONLINE

The post RCI TH: Alam Maritim sahkan CEO direman SPRM appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved