Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo dikurnia gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Sultan Perak

6 Nov 2026 • 10:58 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo dikurnia gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Sultan Perak Image from: Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo dikurnia gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Sultan Perak johardy06/11/2026 - 10:58 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 6 Nov - Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Arul Rajoo Durar Raj, merupakan antara 218 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Perak sempena Hari Keputeraan Ke-70 Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

 

Arul Rajoo dikurniakan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk, bersama 13 penerima lain.

 

Beliau memulakan kerjaya kewartawanan di Bernama pada 1991 sebagai Pemberita Kadet sebelum bertugas sebagai wartawan di Meja Sukan sehingga 1998.

 

Pada 2001, beliau dilantik sebagai Ketua Biro Bernama Perak sebelum meneruskan kerjaya sebagai koresponden agensi berita nasional itu di Thailand pada 2005.

 

Pengalaman lebih tiga dekad dalam kewartawanan

Pengalaman beliau dalam bidang kewartawanan dan pengurusan editorial diteruskan apabila dilantik sebagai Editor di Perkhidmatan Berita Bernama pada 2010.

 

Setahun kemudian, pada 2011, beliau memegang jawatan Editor Meja Tugasan di Perkhidmatan Audio Visual (Bernama TV).

 

Pada 2022, Arul Rajoo dilantik sebagai Ketua Penyiaran TV dan Radio sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Berita Ekonomi pada Jun 2023.

 

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Berita pada Oktober 2023 dan kini menerajui Bernama sebagai Ketua Pengarang.

 

Dari segi akademik, beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) daripada Universiti Malaya.

 

Menurut Bernama, istiadat pengurniaan darjah kebesaran dan pingat negeri Perak akan berlangsung dalam dua sesi pada 15 dan 21 November 2026 di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved