Ketua Polis Daerah Kuantan Jelaskan Zahnita Perlu Jalani Ujian Urin Susulan Laporan Dikaitkan Dengan Dadah

Entertainment
14 Dec 2024 • 12:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekas pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson perlu menjalani ujian air kencing selepas terdapat laporan yang mengaitkannya dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, menjelaskan bahawa ujian tersebut dijalankan bagi menyiasat laporan berkenaan dan tidak berkaitan dengan permintaan Zahnita untuk mendapatkan khidmat pengiring polis.

“Orang ramai perlu faham, ujian air kencing dan permintaan untuk pengiring polis adalah dua perkara yang berbeza.

“Ujian urin ini dibuat kerana terdapat laporan berkaitan dadah terhadap Zahnita pada hari yang sama, dan polis perlu menjalankan siasatan untuk mengesahkan perkara tersebut,” katanya, seperti dilaporkan oleh Sinar Harian.

image is not available
Zahnita

Tambah beliau, Zahnita datang ke balai polis untuk meminta bantuan pengiring bagi tujuan keselamatan ketika mengambil anak-anaknya bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

“Dia datang untuk minta bantuan keselamatan, tetapi pada masa yang sama, sudah ada laporan berkaitan dirinya. Oleh itu, polis perlu mengambil tindakan menjalankan ujian air kencing juga,” ujar Wan Mohd Zahari.

Dalam perkembangan lain, Zahnita meluahkan rasa syukur selepas mahkamah memutuskan untuk memberikan perintah sementara hak penjagaan anak-anaknya daripada bekas suaminya, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor.

Keputusan tersebut menjadi kelegaan buat Zahnita, atau nama penuhnya Zahnita Dorothy Hussien Wilson, kerana hampir dua minggu terpisah daripada tiga anak kesayangannya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.