Ketua Polis Kelantan Tegas Teruskan Perang Jenayah, Tak Gentar Diugut

LocalPolitics
2 Jan 2026 • 10:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menegaskan beliau tidak gentar berdepan ugutan yang diterima menerusi contengan cat merah di dinding pagar Lapang Sasar PDRM Kontinjen Kelantan di Gunong, Bachok pada 22 Disember lalu, yang tular di media sosial sejak Jumaat.

image is not available

Ketua Polis Kelantan tak gentar atau takut

Memetik laporan daripada Sinar Harian, beliau menyatakan, kejadian itu sedang disiasat mengikut Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan dan tidak menolak kemungkinan perbuatan berkenaan dilakukan secara terancang oleh sindiket yang tercabar dengan tindakan tegas polis di negeri ini.

“Saya tidak gentar, tidak rasa takut.
Ia ugutan kepada saya. Saya tidak menolak ianya dilakukan oleh sindiket dan dirancang awal, berdasarkan ayat yang digunakan,” ujarnya.

image is not available

Ketua Polis Kelantan terus berjihad banteras jenayah

Beliau juga menegaskan bahawa apa yang dilakukan adalah jihad dan tidak gentar dengan ancaman daripada mana-mana pihak termasuklah sindiket along atau sebagainya.

“Kita berjihad… takut apa. Saya tidak menolak perkara tersebut dilakukan kerana terasa tercabar dengan tindakan tegas Polis Kelantan dalam memerangi jenayah di negeri ini.
“Termasuk masalah melibatkan sindiket along dan sebagainya,” katanya lagi.

image is not available

Artikel lain: Ramai ‘Tokan’ Berlindung Di Sebalik Perniagaan Atas Talian, Kedai Makan -Polis Kelantan

Mohd Yusoff memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab, sambil menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan dengan menyalurkannya kepada balai polis berhampiran.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

The post Ketua Polis Kelantan Tegas Teruskan Perang Jenayah, Tak Gentar Diugut appeared first on Borak Daily.