Ketua Polis Kelantan tidak gentar terima ugutan

LocalPolitics
2 Jan 2026 • 6:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Yusoff menerima ugutan melalui contengan menggunakan cat merah di dinding pagar Lapang Sasar PDRM Kontinjen Kelantan di Gunong, Bachok pada22 Disember lalu dan mulai tular di media sosial pada Jumaat.
image is not available
Contengan menggunakan cat merah di dinding pagar Lapang Sasar PDRM Kontinjen Kelantan di Gunong, Bachok.
image is not available
Contengan menggunakan cat merah di dinding pagar Lapang Sasar PDRM Kontinjen Kelantan di Gunong, Bachok.

KOTA BHARU - "Saya tidak gentar, tidak rasa takut."

Demikian tegas Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berhubung ugutan yang diterima beliau menerusi contengan menggunakan cat merah di dinding pagar Lapang Sasar PDRM Kontinjen Kelantan di Gunong, Bachok pada 22 Disember lalu dan mulai tular di media sosial pada Jumaat.

Menurut beliau, perkara tersebut sedang disiasat mengikut Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan.

"Ia ugutan kepada saya.Saya tidak menolak ianya dilakukan oleh sindiket dan dirancang awal, berdasarkan ayat yang digunakan.

"Kita berjihad... takut apa. Saya tidak menolak perkara tersebut dilakukan kerana terasa tercabar dengan tindakan tegas Polis Kelantan dalam memerangi jenayah di negeri ini.

"Termasuk masalah melibatkan sindiket along dan sebagainya," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Mohd Yusoff memberitahu, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut untuk mengenal pasti siapa yang melakukannya.

Beliau berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut dapat tambil membantu siasatan dengan menyalurkannya kepada balai polis berhampiran.