‘Ketuk selagi boleh’ – Produk Dendeng Nyet Berapi dijual semula dengan harga 2 kali ganda

Digital
6 Feb 2024 • 8:50 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Produk Dendeng Nyet Berapi, yang diperkenalkan oleh usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming, telah menerima sambutan luar biasa.

Namun, beberapa penjual nampaknya mengambil kesempatan dengan menjual semula produk ini pada harga dua kali ganda berbanding harga asal.

Produk ini awalnya dijual pada harga RM14.90 setiap paket. Namun, sesetengah penjual memasarkannya pada harga sekitar RM29 di platform seperti Shopee dan Facebook.

Seorang penjual di Shopee menyatakan bahawa produk ini adalah original dan mereka akan memesan terus dari Khairul Aming untuk dihantar kepada pelanggan.

Namun, seorang penjual di Facebook telah memadamkan mesej selepas mendapat kritikan daripada orang ramai mengenai tindakan menaikkan harga produk ini.