Keuntungan boleh agih FELCRA RM190.6 juta, peserta terima bayaran mulai hari ini

LocalBusiness & Finance
29 Oct 2026 • 11:24 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Keuntungan boleh agih FELCRA RM190.6 juta, peserta terima bayaran mulai hari ini
Zahid (tengah) menyerahkan cek cura Agihan Keuntungan Interim 2/226 Projek- Projek Peserta FELCRA Berhad pada Khamis

MELAKA – FELCRA Berhad mengumumkan Keuntungan Boleh Agih Interim 2 Tahun 2026 berjumlah RM190.6 juta yang akan memanfaatkan hampir 72,000 peserta di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah itu meningkat RM63.7 juta atau 50.2 peratus berbanding agihan Interim 1 yang diumumkan pada Julai lalu.

Beliau berkata, agihan bagi tempoh Mei hingga Ogos 2026 itu membabitkan 734 projek peserta FELCRA di seluruh negara.

Menurutnya, pembayaran kepada peserta yang layak akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Khamis.

“Dengan penuh kesyukuran, saya mengumumkan bahawa jumlah Keuntungan Boleh Agih Interim 2 Tahun 2026 bagi projek-projek peserta FELCRA Berhad di seluruh Malaysia ialah sebanyak RM190.6 juta.

“Insya-Allah, pembayaran kepada peserta yang layak akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada hari ini,” katanya pada Majlis Pengisytiharan Agihan Keuntungan Interim 2/226 Projek- Projek Peserta FELCRA Berhad di MITC pada Khamis

Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada seluruh peserta dan warga FELCRA, khususnya petugas di lapangan yang memastikan kerja pembangunan, penjagaan serta penuaian terus berjalan.

Beliau berkata, pencapaian itu hasil usaha bersama yang perlu dipertingkatkan bagi memastikan tanah peserta terus memberikan pulangan lebih baik pada masa hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved