Keuntungan UWC pada 4QFY25 berpotensi cecah sehingga RM16 juta didorong pertambahan hasil, kata HLIB

Business & Finance
9 Sep 2025 • 10:04 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Keuntungan UWC pada 4QFY25 berpotensi cecah sehingga RM16 juta didorong pertambahan hasil, kata HLIB

image is not available

09/09/2025 - 10:04

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Sept - Keuntungan UWC Berhad bagi suku tahun keempat tahun kewangan 2025 (4QFY25) berpotensi mencecah antara RM14 juta hingga RM16 juta didorong penambahbaikan dalam kadar hasil, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.

Katanya, segmen perniagaan semikonduktor bahagian awal (front-end) kumpulan akan terus menjadi pemacu pertumbuhan disokong peningkatan permintaan terhadap peralatan pembuatan cip termaju.

Firma enyelidikan itu berkata, walaupun terdapat sedikit cabaran pada peringkat pelanggan, segmen bahagian awal dan bahagian akhir (back-end) UWC dijangka mendapat manfaat daripada aliran stabil kelayakan produk baharu, meskipun trend perbelanjaan semikonduktor global kekal berubah-ubah.

"Kami menjangkakan kemajuan ini dapat meningkatkan keyakinan pelabur terhadap keupayaan UWC untuk menjana pertumbuhan pendapatan FY26 yang kukuh (peningkatan 96% tahun ke tahun), disokong aliran pesanan yang lebih tinggi daripada pelanggan bahagian awal sebaik sahaja kebolehpercayaan pengeluaran pada skala besar terbukti," katanya dalam satu nota kajian.

HLIB berkata, pengembangan margin dijangka berlaku seiring dengan peningkatan volum, disokong elebihan operasi yang lebih tinggi, kecekapan proses yang lebih baik dan kos kerja semula/kecacatan yang lebih rendah.

Katanya, segmen bahagian akhir UWC boleh mencatat prestasi lebih baik pada separuh kedua 2025 apabila pelanggan T menunjukkan pemulihan dalam segmen memori, yang berpotensi membawa kepada pesanan lebih tinggi dalam suku-suku berikutnya.

“Menjelang 2026, pelanggan T menjangkakan peningkatan program tambahan apabila pembekal memori jalur lebar tinggi (HBM) menambah langkah ujian baharu untuk meningkatkan kualiti peranti.

"Hal ini dijangka mengembangkan pasaran bagi peralatan ujian memori, sekali gus berpotensi memacu lonjakan pesanan tambahan kepada UWC," katanya.

Selain itu, satu lagi pelanggan bahagian akhir utama UWC, iaitu pelanggan I, telah menerima suntikan dana daripada pelabur yang boleh meningkatkan kebarangkalian pemulihan syarikat itu dalam jangka sederhana. - DagangNews.com

standard