
Kota Kinabalu: Pengerusi PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud berkata kestabilan politik, sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri, kekal sebagai pilihan utama rakyat yang menginginkan pembangunan dan kemakmuran.
Beliau berkata rakyat mahukan kesinambungan, bukan konflik, dan semakin menunjukkan keyakinan terhadap hala tuju Kerajaan Madani.
Mengulas penemuan Ipsos Populism Report 2025, Mustapha berkata dapatan tersebut menunjukkan keyakinan rakyat terhadap masa depan negara terus meningkat.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Menurut kaji selidik itu, jumlah responden yang percaya Malaysia berada di landasan salah menurun daripada 52 peratus pada 2023 kepada 40 peratus pada 2025 – jauh lebih rendah daripada purata global iaitu 57 peratus.
“Ini menunjukkan rakyat sudah mula merasai kesan reformasi institusi dan hasil positif yang dibawa oleh Kerajaan Madani,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, penemuan itu turut mencerminkan keyakinan rakyat terhadap usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, khususnya melalui lawatan rasmi beliau yang mengukuhkan hubungan pelbagai hala serta menarik pelaburan asing.
“Layanan mesra dan penghormatan tinggi negara luar terhadap kepimpinan Perdana Menteri telah mengangkat martabat Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati,” katanya.
Satu tinjauan terbaru oleh Merdeka Centre juga menunjukkan kadar sokongan terhadap Perdana Menteri meningkat kepada 55 peratus pada Mei tahun ini, berbanding 43 peratus pada Jun 2024. Sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan turut meningkat kepada 50 peratus, berbanding 40 peratus tahun lalu.
“Dapatan ini secara tidak langsung menepis naratif negatif berkaitan ketidakpuasan hati terhadap Kerajaan Madani dan mengukuhkan kestabilan politik sebagai keutamaan rakyat,” kata Mustapha.
Beliau berkata sentimen ini juga dapat dilihat di Sabah, terutamanya menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang, di mana kestabilan politik dianggap sebagai elemen penting untuk kesinambungan pembangunan.
“Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah, apa yang benar-benar rakyat mahukan ialah kestabilan — dan Kerajaan Madani terus membuktikan kredibilitinya,” katanya.


