Pertandingan antara sahabat suatu pilihan: Mustapha

LocalPolitics
12 Jun 2025 • 3:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

SERDANG: Ketua PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud (gambar) berkata beliau secara peribadi terbuka untuk “pertandingan antara sahabat” jika rundingan antara parti menuju PRN Sabah gagal.

Beliau berkata, pihaknya sedaya upaya mahu memastikan tiada pertembungan antara parti kerajaan, dalam rundingan yang sedang berjalan.

“Kita sebenarnya dalam peringkat perundingan ini kita cuba sedaya upaya supaya tidak ada pertandingan. Kita akan agihkan secara adil dan tidak ada bertindih

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Tetapi kalau memang tak dapat dirunding lagi, memang kita terbuka dengan ‘friendly match’. Dalam politik itu biasa,” katanya.

Mustapha, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, berkata demikian ketika ditemui dalam majlis di Universiti Putra Malaysia, di sini, Rabu.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut parti yang terlibat dalam rundingan.

Selasa lalu, Bendahari Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, mencadangkan parti yang bertanding mempertimbangkan pertandingan mesra di kerusi bertindih tetapi kekal bersatu dengan matlamat bersama.

Katanya, pertindihan kerusi lebih baik ditangani sedemikian daripada membiarkan ia mencetus ketegangan, atau mendorong calon bebas yang ditaja.

Dalam pada itu, Mustapha berkata apa yang paling penting bagi PKR adalah kestabilan politik.

Beliau tidak mahu pertembungan di peringkat negeri menyebabkan keretakan di peringkat persekutuan antara sekutu.

“Jadi saya minta semua berlapang dada dan berjiwa besar. Sebab tak guna kita berlawan sesama sendiri dan mewujudkan keretakan di peringkat negeri,” katanya.

Mustapha mengingatkan masih ada tiga PRN bakal dihadapi iaitu di Melaka, Johor dan Sarawak selain PRU16.

“Sebenarnya kita nak kesepaduan ini berterusan. Kita tidak mahu bertanding terlalu banyak untuk kurangkan pergeseran antara parti,” katanya.