Khabib Nurmagomedov Temui Peminat Di Malaysia Pada 29 September Ini

29 Aug 2024 • 10:42 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Legenda seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov mengumumkan bakal menemui peminat-peminatnya di Malaysia pada 29 September depan di Kuala Lumpur.

Menerusi satu hantaran di Instagram, selain menemui peminatnya di Malaysia, bekas juara lightweight UFC itu juga akan bertemu peminatnya di Jakarta, Indonesia pada 5 Oktober.

Khabib Nurmagomedov temui peminat di Malaysia pada 29 Sept

image is not available

“Saya sangat teruja untuk mengumumkan bahawa saya akan bertemu peminat saya dari Malaysia dan Indonesia tidak lama lagi. Jumpa anda di sana,” katanya pada ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen, pengumuman itu menerima sambutan hangat dalam kalangan peminat di Malaysia termasuk peninju sensasi Muay Thai negara, Johan Ghazali.

Selain itu, penyanyi dan pelakon Alif Satar juga dilihat meninggalkan komen di bawah hantaran berkenaan dan menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan legenda itu.

image is not available

image is not available

Sekadar info, Khabib menjadi bualan ramai kerana rekod cemerlangnya tanpa kalah 29-0 dalam UFC dan bersara dari gelanggang MMA pada 2020.

Jaguh kelahiran Dagestan, Rusia itu mengumumkan persaraan dari sukan tersebut sejurus selepas kemenangannya ke atas Justin Gaethje dari Amerika Syarikat dalam pertarungan kejuaraan lightweight.

Meskipun sudah bersara, aura dan pengaruhnya dalam dunia MMA masih kuat dan beliau terus mendapat perhatian ramai termasuk peminatnya.

Antara pertarungan yang paling mendapat perhatian ialah pertarungannya dengan bintang UFC dari Ireland, Conor MgGregor pada 2018.

Khabib juga masih aktif melatih serta menjadi ‘corner’ untuk petarung-petarung muda lain seperti sepupunya Umar dan Usman Nurmagomedov, dan juara lightweight UFC, Islam Makhachev.

Sumber: Instagram Khabib Nurmagomedov