Khadijah Ibrahim kemalangan di Beaufort

LocalEntertainment
2 Oct 2024 • 3:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong

BEAUFORT: Penyanyi veteran Datuk Khadijah Ibrahim cedera selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di sini semasa dalam perjalanan dari Brunei Darussalam menuju ke Kota Kinabalu, pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muhammad Hasbullah Nenggok berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.28 petang itu, kereta Toyota Hilux dinaiki Khadijah bertembung dengan sebuah Toyota Avanza, dekat Taman Kinamas, Jalan Beaufort-Kota Kinabalu.

Selain Khadijah, empat lagi mangsa cedera masing-masing dua dari Hilux dan Avanza itu.

SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more Keadaan penyanyi itu dilaporkan baik dan semua mangsa dapat keluar sendiri dari kenderaan sendiri dengan dibantu orang ramai sebelum ketibaan pasukan bomba.

Khadijah dilaporkan hanya mengalami cedera ringan dan dipercayai memandu kenderaan terbabit.

Muhammad Hasbullah berkata seramai 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort dikejarkan ke lokasi bersama dua jentera termasuk kenderaan EMRS, diketuai PBK II Irwan Abdul selaku Komander Operasi dan tiba pada jam 5.34 petang.

“Dua mangsa dalam Avanza dan tiga mangsa dalam Hilux dihantar ke Hospital Beaufort oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.