Khairul Aming berjaya turun 24kg dalam masa setahun

LocalHealth & Fitness
12 Aug 2026 • 3:19 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Khairul Aming berjaya turun 24kg dalam masa setahun

KUALA LUMPUR – Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming mencuri perhatian apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 24 kilogram (kg) dalam tempoh setahun.

Menerusi perkongsian di Threads, Khairul Aming berkata, dia sentiasa berusaha untuk kekal aktif dan bersenam meskipun sibuk menguruskan urusan perniagaan.

Menurutnya, usaha berkenaan turut disokong dengan pengambilan makanan sihat serta rutin senaman yang dilakukan secara konsisten.

“Ini hasil selepas turun 24kg dalam masa setahun.Walaupun penat dan tidak berehat sejak tahun lepas, saya wajibkan diri pergi gim setiap hari dan jaga makan.

“Bermula dari zaman bina Rembayung, rakam video puasa, sehingga pelancaran Sambal Bilis, saya tetap makan secara sihat dan bersenam.

“Ini hasil selepas setahun menjaga disiplin,” katanya.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang melihat perubahan fizikal Khairul Aming yang kini semakin kurus.

“Orang sibuk macam ni pun ada masa untuk turunkan berat badan, korang jangan bagi alasan dah” kata seorang pengguna.

Namun, ada juga pengguna berseloroh mengenai pemakanan Khairul Aming yang dijaga rapi, sedangkan sambal yang dihasilkannya pula sering membuatkan orang ramai sukar mengawal selera.

“Dah ramai orang makan sambal dia, tiba-tiba dia tunjuk pula rutin senaman dan amalan makan secara sihat. Lepas ini jual salad pula,” kata seorang pengguna.

“Dia dah keluarkan makanan baharu, dah buka restoran, suruh orang makan saja, kemudian dia pula buat badan. Kami semua dah berat nak bergerak ke gim,” kata seorang lagi pengguna.

Terdahulu, Khairul Aming juga pernah menurunkan berat badannya sebanyak 20kg pada tahun 2023 selepas dia menerima kesedaran apabila bajunya mula ketat dipakai dan mudah penat ketika berjalan.

View on Threads

The post Khairul Aming berjaya turun 24kg dalam masa setahun appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved