Khairul Aming Pecah Lima Rekod, Jualan RM2 Juta Hanya Dalam 1 Minit 51 Saat

LocalBusiness & Finance
8 Aug 2026 • 9:21 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Khairul Aming Pecah Lima Rekod, Jualan RM2 Juta Hanya Dalam 1 Minit 51 Saat

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming sekali lagi mencipta sejarah apabila mengumumkan kejayaan memecahkan lima rekod baharu menerusi sesi siaran langsung TikTok Shop yang berlangsung pada malam Jumaat.

Menerusi perkongsian di Threads, beliau memaklumkan jualan produknya berjaya mencecah RM2 juta dalam tempoh hanya 1 minit 51 saat, sekali gus menjadi antara pencapaian terpantas pernah direkodkan di platform tersebut.

Menurut Khairul Aming, kejayaan itu turut disertai empat lagi rekod baharu yang membuktikan sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia terhadap produk tempatan.

Lima Rekod Dalam Satu Malam

Menurut Khairul Aming, beliau berjaya memecahkan lima rekod menerusi sesi TikTok Shop Live berkenaan. Rekod tersebut meliputi jualan RM2 juta terpantas dalam tempoh hanya 1 minit 51 saat, selain mencatat nilai jualan tertinggi dalam satu sesi siaran langsung sebanyak RM3.5 juta. Pada masa sama, sesi itu turut merekodkan 388,000 penonton serentak (peak viewers), yang disifatkan sebagai tertinggi bagi TikTok Shop Live di Malaysia. Beliau juga mendakwa menjadi jenama pertama yang melepasi jualan RM3 juta di TikTok Shop Malaysia, selain melancarkan produk dari lokasi tertinggi di Malaysia.

Khairul Aming turut menzahirkan penghargaan kepada semua pelanggan yang terus menyokong produk keluarannya.

“Terima kasih sebab beri kepercayaan kepada produk tempatan kita. KA terhutang budi dengan anda semua. From the bottom of my heart, thank you,” tulisnya.

Orang Ramai Ucap Tahniah

Perkongsian itu menerima ribuan tanda suka dan ratusan komen daripada netizen yang mengucapkan tahniah atas pencapaian berkenaan.

Malah, ada pembeli berkongsi mereka berjaya membuat tempahan ketika sesi siaran langsung berlangsung, walaupun beberapa produk habis dijual dalam tempoh yang sangat singkat.

Pencapaian tersebut sekali lagi mengukuhkan kedudukan Khairul Aming sebagai antara usahawan digital paling berpengaruh di Malaysia, selain membuktikan jenama tempatan mampu mencipta rekod luar biasa melalui platform e-dagang dan penstriman langsung. – The Malaysian Update

The post Khairul Aming Pecah Lima Rekod, Jualan RM2 Juta Hanya Dalam 1 Minit 51 Saat appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved