Khairul Aming tunai janji! Bawa pembeli terpantas ‘Rendang Nyet’ bercuti ke New Zealand

10 Oct 2025 • 11:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming menunaikan janjinya apabila membawa lima pembeli terpantas Rendang Nyet bersama pasangan masing-masing bercuti ke New Zealand.

Kesemua sembilan individu itu akan menghabiskan masa selama seminggu bersama beliau dalam percutian yang ditaja sepenuhnya.

image is not available

Khairul Aming tunai janji

Menurut Khairul Aming, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sepanjang berada di sana bagi memastikan pengalaman percutian itu bermakna buat semua pemenang.

“Banyak benda best yang KA dah plan untuk diaorang. Harap perjalanan trip ni lancar dan selamat, aminnn,” katanya menerusi hantaran di Threads.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, seorang pemenang lagi tidak dapat menyertai percutian itu atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

image is not available

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang memuji keprihatinan dan kemurahan hati Khairul Aming terhadap para pelanggannya.

Sumber: Threads Khairul Aming