Khairul Aming Umum Buka Restoran Pertama, Projek RM4 Juta Dibina Di Kampung Baru – “Selamat Datang Ke Rembayung”

LocalBusiness & Finance
9 Dec 2025 • 5:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, akhirnya mendedahkan projek besar yang disimpannya selama setahun  pembukaan restoran pertamanya yang diberi nama Rembayung.

Menerusi pengumuman rasmi di media sosial, Khairul Aming berkongsi bahawa restoran tersebut merupakan pelaburan terbesar yang pernah dilakukannya sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam dunia digital dan perniagaan makanan.

Advertisement
View this post on Instagram

Menurutnya, projek tersebut menelan kos RM4 juta dan dibina dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki persegi di Kampung Baru, hanya 9 minit dari KLCC.

View this post on Instagram

Selepas setahun simpan rahsia, I’m pleased to announce restoran pertama Khairulaming. Dengan menelan modal 4 juta ringgit, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kg Baru. Ini adalah investment terbesar KA pernah buat untuk one single project.

Selepas satu dekad mencipta jenama kukuh dalam dunia online termasuk kejayaan Sambal Nyet dan Dendeng Nyet—Khairul Aming berkata kini masanya tiba untuk melangkah ke dunia fizikal.

Selepas 10 tahun dalam dunia online, I’m finally ready untuk mulakan langkah ke dunia offline. Ini adalah permulaan untuk planning KA 10 tahun yang seterusnya. Selamat datang ke Rembayung.

Pengumuman itu segera mencetuskan keterujaan peminat dan pemain industri F&B yang tidak sabar menantikan konsep, rekaan dan menu yang bakal ditawarkan di Rembayung  dijangka menjadi salah satu pembukaan restoran paling besar tahun ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available
2025-12-09 13:05:48

Tular Isu 'Alamat Dummy' Untuk Daftar Sekolah, Penduduk Tak Puas Hati - "Ramai Menipu Sebab Nak Senangkan Diri"

 

The post Khairul Aming Umum Buka Restoran Pertama, Projek RM4 Juta Dibina Di Kampung Baru – “Selamat Datang Ke Rembayung” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.