Khaled hadiri Mesyuarat ADMM, perkukuh pertahanan ASEAN.. Keamanan serantau jadi keutamaan!

LocalPolitics
27 Oct 2026 • 5:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan-Cebu, Republik Filipina, bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) Ke-20 dan ADMM-Plus Ke-13.

Image from: Khaled hadiri Mesyuarat ADMM, perkukuh pertahanan ASEAN.. Keamanan serantau jadi keutamaan!

Ketibaan beliau disambut Timbalan Setiausaha bagi Sistem Maklumat dan Keselamatan Siber, Jabatan Pertahanan Negara Republik Filipina, Mejar Jeneral (Bersara) Fabian Mactal Pedregosa.

Menerusi kenyataan di Facebook, Mohamed Khaled berkata beliau dijadualkan menyertai beberapa mesyuarat penting sepanjang berada di Cebu, termasuk pertemuan menteri-menteri pertahanan ASEAN bersama Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.

“Sepanjang berada di Cebu, saya akan menyertai mesyuarat ADMM dan ADMM-Plus, serta pertemuan Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN bersama Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.
“Di sela-sela mesyuarat tersebut, saya juga dijadualkan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Filipina, Korea Selatan, Laos, AS, Vietnam, Singapura dan Australia,” katanya hari ini.

Image from: Khaled hadiri Mesyuarat ADMM, perkukuh pertahanan ASEAN.. Keamanan serantau jadi keutamaan!

Beliau berkata, ADMM merupakan platform penting dalam memperkukuh hubungan pertahanan antara negara anggota ASEAN, selain memastikan rantau ini mampu menghadapi pelbagai cabaran keselamatan.

“ADMM merupakan platform penting untuk membina kepercayaan, memperkukuh kerjasama pertahanan dan memastikan ASEAN terus memainkan peranan utama dalam mendepani cabaran keselamatan serantau,” ujarnya.

Image from: Khaled hadiri Mesyuarat ADMM, perkukuh pertahanan ASEAN.. Keamanan serantau jadi keutamaan!

Mengulas pendirian Malaysia, Mohamed Khaled menegaskan keamanan dan kestabilan serantau perlu terus dipelihara menerusi pendekatan diplomasi serta kerjasama erat antara negara.

“Bagi Malaysia, keamanan dan kestabilan rantau ini perlu terus dipelihara melalui dialog, persefahaman dan kerjasama erat antara negara,” katanya.

Image from: Khaled hadiri Mesyuarat ADMM, perkukuh pertahanan ASEAN.. Keamanan serantau jadi keutamaan!

Turut bersama dalam lawatan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali dan Duta Besar Malaysia ke Republik Filipina, Dato’ Abdul Malik Melvin Castelino Anthony.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved