Malaysia terima dua pesawat pejuang FA-50M Jumaat ini

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 10:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia terima dua pesawat pejuang FA-50M Jumaat ini

KUALA LUMPUR – Malaysia dijadual menerima dua pesawat tempur ringan FA-50M Block 20 buatan Korea Selatan pada Jumaat ini sebagai sebahagian daripada perolehan 18 pesawat berkenaan yang bernilai hampir RM4 bilion.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penerimaan pesawat itu akan memperkukuh keupayaan tempur udara Angkatan Tentera.

“Perolehan 18 pesawat FA-50M dari Korea Selatan yang akan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan dengan sebahagiannya turut dirancang ditugaskan di Pangkalan Udara Labuan bagi memperkukuh keupayaan tempur udara.

“Sukacita saya berkongsi Malaysia akan menerima dua pesawat FA-50M pertama pada akhir bulan ini, 30 Oktober 2026,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) Peringkat Dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Pada Mei 2023, Kementerian Pertahanan dan syarikat aeroangkasa Korea Aerospace Industries memeterai kontrak bernilai hampir RM4 bilion bagi perolehan 18 pesawat tempur ringan FA-50 Block 20 yang dinamakan khusus sebagai FA-50M (Malaysia). – Bernama

The post Malaysia terima dua pesawat pejuang FA-50M Jumaat ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved