Khaled, TPM Australia ulangi kebimbangan perkembangan di Laut China Selatan

10 Dec 2024 • 10:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamed Khaled Nordin. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengulangi kebimbangan serius terhadap perkembangan di Laut China Selatan yang boleh mengancam keamanan, keselamatan dan kestabilan rantau ini serta menekankan kepentingan kebebasan pelayaran dan penerbangan mengikut undang-undang antarabangsa.

Beliau menyatakan pendirian itu dalam kenyataan bersama dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles semasa pertemuan mereka sempena Mesyuarat Jawatankuasa Tinggi bagi Program Pertahanan Malaysia-Australia ke-4 di Melbourne hari ini.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua menteri turut menggalakkan semua pihak supaya mengawal diri dalam menjalankan aktiviti dan mengelak daripada tindakan yang boleh meningkatkan risiko kemalangan, salah faham serta salah tafsir.

Mereka juga menekankan keperluan untuk semua negara menyelesaikan pertikaian berkaitan isu Laut China Selatan secara aman, mengikut prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

Kedua-dua menteri menyatakan sokongan mereka terhadap keutamaan ASEAN dan seni bina serantau yang diterajui blok itu yang bersifat terbuka, telus, berasaskan peraturan dan inklusif serta sokongan berterusan terhadap pelaksanaan praktikal Pandangan ASEAN di Indo-Pasifik.

Mereka turut mengiktiraf nilai Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus bersama Kumpulan Pakar Kerja sebagai cara untuk membina keyakinan dan pencegahan konflik serta meningkatkan kapasiti. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved