Khemah jualan Faiz Soul rosak teruk dilanda hujan lebat

3 Jul 2026 • 11:16 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

SEREMBAN – Usahawan dan pempengaruh media sosial, Muhammad Faiz berdepan detik sukar apabila khemah jualannya rosak teruk akibat hujan lebat ketika menjalankan aktiviti niaga di Negeri Sembilan, awal pagi tadi.

Insiden itu berlaku pada hari kedua program jualan di Dataran Sentral, Seremban apabila struktur khemah bersaiz besar yang digunakan untuk penyediaan makanan dan minuman didapati patah selepas dilanda hujan.

Menerusi perkongsian video di laman media sosialnya, Faiz memaklumkan keadaan menjadi agak kelam-kabut apabila khemah utama yang menempatkan operasi memasak dan penyediaan minuman tidak lagi dapat digunakan seperti biasa.

“Ujian, hari kedua dekat Negeri Sembilan. Hari ni pagi hujan. Lepas tu sampai-sampai khemah yang Faiz buat air ni patah terus,” katanya dalam video berkenaan.

Walaupun berdepan kerosakan, beliau menjelaskan sebahagian makanan seperti pulut, rendang ayam dan rendang daging masih dalam keadaan baik serta sempat diselamatkan.

“Nasib lah. Khemah Faiz duk masak, pulut ni dia tak rosak. Mujur,” katanya.

Dalam masa sama, Faiz turut memohon bantuan orang ramai untuk mendapatkan maklumat berkaitan kedai atau pembekal khemah di sekitar Negeri Sembilan bagi menggantikan struktur yang rosak.

“Faiz cuma nak tanya, dekat area Negeri Sembilan ni kat mana kedai khemah? Khemah saiz macam ni 20×10 ke 18×10,” katanya sambil meminta bantuan segera.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved