Hujan lebat di Negeri Sembilan, Johor dan Melaka hingga tengah hari

LocalEnvironment
3 Jul 2026 • 10:20 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung serta Sarawak sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terjejas ialah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan.

Selain itu, hujan lebat turut diramalkan melibatkan seluruh Melaka serta beberapa daerah di Johor, iaitu Tangkak, Muar dan Batu Pahat.

Di Sarawak pula, amaran cuaca buruk melibatkan kawasan Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) serta Kapit (Song).

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kejadian ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam dijangka berlaku atau berterusan melebihi tempoh satu jam.

Jelasnya, amaran berkenaan merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai di kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mendapatkan maklumat cuaca terkini daripada MetMalaysia dan mengelakkan aktiviti luar sekiranya keadaan cuaca bertambah buruk.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved