Kidsnergy Pickleball Social Serve: Gandingan adik-beradik ungguli kategori terbuka di Subang

19 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Kidsnergy Pickleball Social Serve: Gandingan adik-beradik ungguli kategori terbuka di Subang

Pemain tenis remaja, Gareth Lim, 'tapau' Kejohanan Kidsnergy Pickleball Social Serve apabila muncul juara kategori terbuka walaupun baru berusia 15 tahun.

Lebih istimewa lagi, Gareth digandingkan bersama adiknya, Dwayne Lim, yang baru berusia 11 tahun.

Begitupun, Gareth sebenarnya bukanlah calang-calang peserta, perkara itu susulan dia telah merangkul pingat emas dan perak pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor pada Ogos lalu dengan mewakili Wilayah Persekutuan.

"Saya rasa sangat gembira dengan adik saya, ia perasaan berbeza dalam menang dengan adik saya berbanding menang dengan kawan-kawan saya.

"Aspek fizikal mungkin mencabar buat dirinya, saya lebih berpengalaman jad saya cuba menjaga sebanyak yang saya mampu. Beraksi dengan baik dan kurangkan kesalahan," kata Gareth Lim.

Kidsnergy Pickleball Social Serve yang berlangsung di Playa Racket Club, Subang melabuhkan tirainya semalam dengan matlamat memperkasakan penyertaan pickleball dalam kalangan generasi muda.

Perkara itu turut ditegaskan duta merangkap pengasas Kidsnergy, Goh Liu Ying, yang juga merupakan Olimpian badminton negara.

"Memang pickleball dalam rancangan sudah lama, kami sudah lancarkan tahun ini dan nampak penyertaan peserta seramai ini. Kami dapat ulasan daripada ibu bapa dengan adanya platform buat anak-anak mereka bersukan.

"Mereka sangat gembira ada medan terbaharu untuk anak mereka, jika maklum balas bagus kami akan teruskan program ini dan tambah lebih baik lagi." tambah Liu Ying.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved