Tukang rumah maut ditukul adik mental

3 Oct 2026 • 9:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tukang rumah maut ditukul adik mental

MARANG – Seorang tukang rumah maut dalam keadaan berlumuran darah disyaki dibunuh oleh adik kandungnya sendiri yang merupakan orang kurang upaya (OKU) kategori mental.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.14 pagi itu, kepala mangsa, Mohd. Nasir Ismail, 43, yang merupakan anak sulung daripada sembilan beradik dipercayai dipukul adik keduanya berusia 42 tahun dengan menggunakan tukul.

Suspek juga dipercayai mencederakan bahagian belakang seorang lagi adiknya, Rurazmia, 36, turut yang cuba meleraikan insiden itu.

Ibu mereka, Hasnah Sulong, 63, mendakwa menyedari kejadian itu selepas mendengar bunyi pukulan kuat disusuli jeritan Mohd. Nasir dari bahagian hujung rumah.

“Saya yang ketika itu berada di ruang tamu terus memanggil suami, Ismail Ibrahim, 80. Dia (Ismail) yang berada di luar rumah terus meluru masuk sebelum nampak anak sulung kami (Mohd. Nasir) sudah berlumuran darah pada bahagian kepala,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tasek, di sini, hari ini.

Hasnah berkata, suspek merupakan anak keduanya mempunyai masalah mental dan pernah menikam suaminya kira-kira 12 tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Saari Mohamed yang dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Tukang rumah maut ditukul adik mental appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved