Suami Kieda Crepe Akhirnya Bersuara Selepas Isteri Dikecam Isu Herpes

EntertainmentLifestyle
23 Jun 2025 • 7:55 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia suami Kieda Crepe

Susulan tularnya isu jangkitan herpes yang didedahkan secara terbuka oleh Kieda Crepe, suaminya Hilmi Zaki tampil mempertahankan tindakan mereka di Tiktok selepas dihujani komen negatif daripada netizen.

Pasangan itu dikecam kerana dianggap terlalu terbuka dan menjadikan penyakit tersebut sebagai bahan gurauan di media sosial.

Seriously, itu hanya gurauan suami dan isteri, tak ada yang serius pun tentang penyakit herpes itu.

“Cepat sangat menghukum” – Suami Kieda Crepe

image is not available

Menurut Hilmi, walaupun gurauan mereka nampak sensasi, itu adalah realiti hubungan suami isteri mereka. Dia juga kecewa dengan sikap netizen yang terlalu cepat menjatuhkan hukuman tanpa memahami konteks sebenar.

Kami juga ada hak nak gembirakan diri sebelum Allah SWT ambil nyawa kami.

Kalau realiti gurauan tu lagi kasar, tapi itulah media sosial ni cepat sangat nak menghukum.

Kieda dedah alami herpes, viral sebab kaitkan dengan suami

image is not available

Sebelum itu, Kieda menjadi perhatian selepas mendedahkan dirinya mengalami jangkitan herpes simplex dengan menunjukkan bibir dipenuhi bintik kecil.

Namun, perkara jadi lebih panas apabila dia bergurau dalam video TikTok, mengaitkan punca jangkitan dengan kebersihan alat kelamin suaminya, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Pssttt! Media sosial boleh jadi medan ekspresi, tapi jangan lupa, gurauan ada batasnya, dan kesihatan bukan topik main-main. Fikir dulu sebelum kongsi!

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.