Kilang kitar semula di Mahkota Beranang terbakar

LocalEnvironment
2 Aug 2026 • 9:43 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kilang kitar semula di Mahkota Beranang terbakar

SEMENYIH – Sebuah kilang kitar semula yang menyimpan sisa industri dan plastik terbakar dalam kejadian di Mahkota Beranang, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.18 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih tiba di lokasi lima minit kemudian.

Menurut beliau, kebakaran melibatkan sebuah bangunan kelas C berkeluasan kira-kira 100 x 200 kaki persegi dengan kemusnahan dianggarkan 50 peratus.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah kilang kitar semula bahan plastik yang turut menyimpan bahan buangan sisa industri.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 6.46 pagi dan kerja-kerja pemadaman masih giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman dijangka mengambil masa lebih empat jam berikutan timbunan sisa industri yang berlonggok serta bahan plastik yang mengeluarkan gas.

Katanya, setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Operasi membabitkan seramai 30 anggota dari BBP Semenyih dengan bantuan BBP Bangi, Kajang dan Nilai menggunakan tiga jentera FRT, sebuah EMRS serta 12 lori tangki air. – KOSMO! ONLINE

The post Kilang kitar semula di Mahkota Beranang terbakar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved