Tiga kilang di Kulim musnah terbakar

28 Jul 2026 • 9:42 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga kilang di Kulim musnah terbakar

KULIM – Tiga buah kilang di Jalan Makmur 7, di sini musnah dalam kebakaran pada pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.57 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim serta BBP Kulim Hi-Tech bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi pemadaman.

“Kebakaran melibatkan tiga buah kilang Kelas A dengan anggaran kemusnahan masing-masing sebanyak 50 peratus, 90 peratus dan 50 peratus.

“Operasi pemadaman masih dijalankan menggunakan empat aliran air dengan bantuan anggota dari balai bomba berhampiran di Pulau Pinang,” katanya hari ini.

Menurutnya, setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

The post Tiga kilang di Kulim musnah terbakar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved