Kilang kumpul bahan kitar semula di Beranang terbakar

LocalEnvironment
2 Aug 2026 • 3:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kilang kumpul bahan kitar semula di Beranang terbakar

SHAH ALAM, 2 OGIS:: Sebuah kilang pengumpulan bahan sisa plastik dan sisa industri di Kawasan Mahkota Beranang, terbakar pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.18 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih tiba di lokasi lima minit kemudian, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, kebakaran membabitkan sebuah kilang kitar semula bahan plastik.

"Kebakaran memusnahkan 50 peratus bangunan dan tiada mangsa dilaporkan terbabit. Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.46 pagi dan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan," katanya.

Menurutnya, kebakaran melibatkan bahan buangan sisa industri dan plastik, menyebabkan operasi pemadaman dijangka mengambil masa melebihi empat jam berikutan timbunan sisa industri yang berlonggok selain sisa plastik mengeluarkan gas.

"Operasi membabitkan seramai 30 anggota daripada BBP Semenyih dengan bantuan BBP Bangi, BBP Kajang dan BBP Nilai," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved