Rumah panjang dihuni 23 keluarga musnah terbakar

2 Aug 2026 • 7:38 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Rumah panjang dihuni 23 keluarga musnah terbakar

SHAH ALAM, 2 OGOS: Sebanyak 23 keluarga di Rumah Panjang Padang Batu 37, Jalan Bintulu-Miri, Sarawak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah panjang tersebut musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan jam 4.31 petang sebelum bergegas ke lokasi kira-kira 32 kilometer dari balai, lapor Berita Harian.

“Ketika tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati rumah panjang sedang marak terbakar, dengan api telah merebak ke keseluruhan struktur bangunan.

"Api yang cepat marak menyebabkan rumah panjang berkenaan terbakar hampir keseluruhannya ketika anggota bomba tiba di lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kebakaran dapat dikawal jam 5.50 petang sebelum anggota meneruskan kerja-kerja 'overhaul' bagi memadam sisa bara api.

“Pemeriksaan lanjut mengesahkan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian ini. Punca kebakaran serta jumlah kerugian yang dialami penghuni rumah panjang berkenaan masih dalam siasatan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved