Kilang perabot mini, rumah musnah dalam kebakaran

17 Feb 2024 • 8:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TELUPID: Sebuah kilang perabot mini dan sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kg Napagang, Tongod, di sini, Jumaat pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 150 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan sejurus menerima panggilan kecemasan jam 9.59 pagi.

Nurul Azlan berkata, api berjaya dipadamkan dengan bantuan penduduk kampung sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

“Sebuah rumah kekal dan kilang perabot mini seluas 1800 kaki persegi setiap satu musnah terbakar.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Selain itu, sebuah kereta Proton Persona dan tiga motosikal turut musnah terbakar dalam kejadian itu.

“Tiada operasi memadam kebakaran kerana penduduk kampung telah berjaya memadamkan api sebelum kami tiba di lokasi,” katanya.

Nurul Azlan berkata, operasi ditamatkan jam 2.45 petang selepas anggota bomba membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi bahaya.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca dan kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.