Waktu bekerja kakitangan kerajaan dikurangkan

WorldPolitics
13 Aug 2026 • 11:25 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Waktu bekerja kakitangan kerajaan dikurangkan

CARACAS: Sektor awam Venezuela akan mengurangkan waktu bekerja bagi mengurangkan tekanan terhadap grid elektrik negara yang uzur, kata pemimpin sementara, Delcy Rodriguez, pada Rabu.

Pihak berkuasa sedang berusaha mencatu bekalan elektrik ketika penggunaan domestik mencapai paras tertinggi dalam hampir sedekad.

Gangguan bekalan elektrik yang semakin kerap berlaku di luar Caracas telah mencetuskan bantahan di seluruh negara sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Pengurangan waktu bekerja bagi kakitangan sektor awam itu akan melibatkan mereka bekerja selang sehari.

Ia juga meliputi waktu bekerja separuh hari bagi semua kakitangan kecuali mereka yang terlibat dalam perkhidmatan penting seperti penjagaan kesihatan, kata Rodriguez.

Rodriguez berkata, permintaan elektrik pada Selasa mencecah paras tertinggi tahun ini, iaitu 15,726 megawatt, sedangkan hanya kira-kira 12,000 megawatt bekalan tersedia.

Beliau  yang menggantikan Presiden Nicolas Maduro selepas disingkirkan oleh tentera Amerika Syarikat (SA) pada Januari, kini mentadbir negara di bawah tekanan hebat Washington supaya membuka ekonomi dan sumber Venezuela kepada syarikat asing.

Beliau berkata pada Rabu bahawa grid nasional menghadapi permintaan yang sangat tinggi bukan sahaja disebabkan keadaan cuaca, tetapi juga pertumbuhan ekonomi.

Wilayah pedalaman Venezuela telah mengalami gangguan bekalan elektrik selama bertahun-tahun, dengan pakar menyifatkan masalah itu berpunca daripada pengurusan yang lemah dan kekurangan penyelenggaraan.

Rodriguez mengumumkan langkah itu pada Rabu ketika menandatangani perjanjian dengan syarikat Argentina, IMPSA, bagi menyiapkan sebuah loji hidroelektrik di negeri Bolivar, di selatan negara itu. – AFP

The post Waktu bekerja kakitangan kerajaan dikurangkan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved