Kilauan Emas Selebriti – Keputusan Terkini Minggu Ketiga

Entertainment
6 Sep 2026 • 12:41 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Kilauan Emas Selebriti 2026 ialah program realiti nyanyian terbaharu terbitan Astro yang menampilkan 10 selebriti veteran popular Malaysia berusia 50 tahun ke atas.

Menariknya, semua peserta ini bukanlah penyanyi profesional!

Program ini dijadualkan bersiaran secara langsung selama tujuh minggu bermula 22 Ogos 2026, setiap Sabtu pada jam 9:00 malam menerusi saluran Astro Prima serta boleh distrim di Astro GO dan Sooka.

Jom rujuk maklumat lanjut mengenai program terbaru, Kilauan Emas di bawah.

Apa Itu Program Kilauan Emas Selebriti?

Kilauan Emas Selebriti 2026 ialah sebuah program realiti nyanyian terbaharu terbitan Astro Malaysia yang buat julung kalinya menghimpunkan 10 selebriti veteran popular berusia 50 tahun ke atas yang bukan merupakan penyanyi profesional.

Berbeza dengan format biasa rancangan ini yang mengetengahkan bakat orang awam, edisi khas ini menampilkan barisan pelakon “otai” tanah air yang bertanding di atas pentas nyanyian demi misi kebajikan dan amal.

Edisi khas ini membawakan konsep kebajikan amal “Talent That Gives Back”, di mana dana atau hadiah mingguan akan disumbangkan terus kepada penggiat seni veteran lain yang memerlukan melalui inisiatif Astro Kasih.

kilauan emas selebriti

Senarai Peserta, Pengacara & Juri

Berbeza dengan musim terdahulu yang melibatkan orang awam, pentas kali ini menghimpunkan barisan pelakon dan personaliti “otai” tanah air yang tidak pernah melancarkan album atau menerima latihan vokal profesional.

Peserta

  1. Datuk Jalaluddin Hassan
  2. Datuk Ahmad Tamimi Siregar
  3. Mubarak Majid
  4. Rahim Omar
  5. Rashdan Baba
  6. Amyza Aznan
  7. Zila Bakarin
  8. Fazlina Ahmad Daud
  9. Kathy Azian
  10. Maria Tunku Sabri
kilauan emas selebriti
Sumber: Astro

Pengacara:

  • Raja Azura
  • Keanu Azman

Panel Juri Tetap:

  • Jihan Muse
  • Datuk Yusry Abdul Halim (KRU)
  • Juri jemputan mingguan

Format Penjurian

Sistem pemarkahan ditentukan menerusi gabungan 80% penilaian juri profesional dan 20% undian penonton secara dalam talian.

Memandangkan majoriti peserta merupakan pelakon senior, fokus utama program ini lebih kepada elemen hiburan, imbauan nostalgia, dan amal berbanding pertandingan berteraskan vokal.

Cara Tonton Kilauan Emas Selebriti

Anda boleh menonton Kilauan Emas Selebriti 2026 secara langsung pada:

  • Hari: setiap hari Sabtu
  • Waktu: jam 9:00 malam bermula 22 Ogos 2026
  • Platform: Astro Prima (Saluran 105), Astro GO, Sooka

Selain daripada konsert mingguan, Astro turut menyediakan program sampingan untuk anda mengikuti perkembangan para peserta melalui:

  • Diari Kilauan Emas Selebriti 2026: Bersiaran bermula 17 Ogos 2026 bagi memaparkan sesi latihan vokal dan persiapan pentas.
  • Podcast Kilauan Emas Selebriti: Dikendalikan oleh penyampai radio SINAR, Faliq, bermula 14 Ogos 2026 untuk menyelami kisah lama dan profil setiap peserta.

Keputusan penuh Kilauan Emas Selebriti 2026 – Konsert Minggu Ketiga

Konsert Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES 2026) Minggu Ketiga yang berlangsung pada 5 September 2026 di Auditorium MBSA Shah Alam menyaksikan kejutan lagi apabila tiada lagi sebarang penyingkiran berlaku.

Kesemua 10 peserta lagenda seni terselamat dan dibenarkan meneruskan perjuangan ke minggu seterusnya.

Konsert minggu ketiga ini membawakan tema Kenangan Mengusik Jiwa menampilkan Naqiu sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Yusry Abdul Halim dan Jihan Muse.

Pentas turut dimeriahkan dengan penampilan artis jemputan Abot dan Anis Suraya.

Carta Kedudukan & Senarai Persembahan Minggu Ke-3

  • Zila Bakarin – 79.26%
  • Dato’ Ahmad Tamimi Siregar – 70.18%
  • Dato’ Jalaluddin Hassan – 68.86%
  • Amyza Aznan – 68.08%
  • Rahhim Omar – 63.12%
  • Fazlina Ahmad Daud – 59.67%
  • Mubarak Majid – 57.04%
  • Rashdan Baba – 55.73%
  • Maria Tunku Sabri – 55.48%
  • Khaty Azian – 55.33%

Zila Bakarin mencipta kejutan besar apabila berjaya merampas kedudukan pertama dengan markah tertinggi sebanyak 79.26%.

Beliau menyanyikan lagu “Puteri Kota” (nyanyian asal Ella) dan mendapat standing ovation daripada semua juri.

Kemenangan ini turut menobatkan beliau sebagai penerima Anugerah Emas Berkilau Of The Week. Wang tunai sumbangan sebanyak RM2,000 telah diberikan kepada pelakon komedi lagenda, Sathiya.

NOTA:

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Kilauan Emas Selebriti

Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai program Kilauan Emas Selebriti ini, sila rujuk laman sesawang Astro dan facebook Astro Gempak.

Soalan Lazim

Bilakah Kilauan Emas Selebriti 2026 akan mula bersiaran?

Program ini akan bersiaran secara langsung selama tujuh minggu bermula 22 Ogos 2026, pada setiap hari Sabtu jam 9:00 malam.

Di manakah lokasi konsert mingguan ini berlangsung?

Konsert bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Apakah kelainan utama musim ini berbanding musim-musim terdahulu?

Musim kali ini memperkenalkan dua kelainan besar: peserta bertanding terdiri daripada selebriti/pelakon veteran popular berusia 50 tahun ke atas yang bukan penyanyi profesional, serta membawakan misi kemasyarakatan menerusi konsep kebajikan “Talent That Gives Back”.

Adakah rancangan ini sama seperti program Gegar Vaganza (GV)?

Tidak. Pihak pengurusan Astro Gempak menegaskan GV memfokuskan kepada comeback penyanyi profesional, manakala Kilauan Emas Selebriti memberi ruang kepada artis veteran bukan penyanyi profesional untuk berhibur sambil mengumpul dana kebajikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved