Sukan Asia 2026: PSM ada ramuan buru pingat emas

3 Sep 2026 • 10:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukan Asia 2026: PSM ada ramuan buru pingat emas

KUALA LUMPUR – Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menghantar skuad berpengalaman dalam misi memburu kilauan pingat emas pada temasya Sukan Asia 2026 yang bermula 19 September hingga 4 Oktober depan.

Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan percaya keputusan untuk mengekalkan ‘ramuan’ pemain yang sama seperti Sukan SEA 2025 yang lepas adalah pilihan yang tepat.

Sumali berkata, Sukan Asia adalah kejohanan sukan yang berprestij dan tidak wajar dijadikan sebagai medan untuk mencuba formula baharu atau memberi pendedahan kepada pemain muda.

“Senarai 12 pemain ini adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik dan betul-betul melepasi syarat dari segi prestasi, mental dan pengalaman.

“Alasannya, pemain-pemain ini memang sedang berada pada tahap terbaik dan tiada sebab untuk kita tolak. Mereka sudah terbukti di Sukan SEA dan dari segi mental serta pengalaman, mereka cukup kuat.

“Kita kena ingat, ini temasya yang sangat besar. Sukan Asia bukan medan untuk mencuba bagi pemain muda. Ini medan yang kita mahu dapatkan pingat, kita mahu dapatkan emas,” katanya pada Majlis Pengenalan Pemain di Pusat Akademi Sepak Takraw Malaysia, sebentar tadi.

Seperti dijangka, skuad kali ini terdiri daripada tekong yang dibarisi Mohammad Syahir Rosdi, Muhammad Haziq Hairul Nizam, Muhammad Zarif Merican Ibrahim Merican dan Muhammad Zulkifli Abd Razak.

Posisi apit kanan pula terdiri daripada Muhammad Azlan Alias, Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Hafizul Hayazi Adnan.

Bagi apit kiri pula adalah Aidil Aiman Azwawi, Farhan Adam, Amirul Zazwan Amir dan Zuleffendi Sumari. – KOSMO! ONLINE

The post Sukan Asia 2026: PSM ada ramuan buru pingat emas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved