Kim Jong-un melawat ekspo selepas didakwa meninggal dunia

WorldPolitics
21 Oct 2026 • 9:58 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kim Jong-un melawat ekspo selepas didakwa meninggal dunia

PYONGYANG – Kim Jong-un muncul dalam beberapa gambar menunjukkan beliau menghadiri pameran pakaian dan kasut selepas spekulasi bertiup kencang di media sosial bahawa pemimpin tertinggi Korea Utara itu meninggal dunia akibat pendarahan otak, lapor laman berita First Post. 

Gambar siaran media rasmi Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) menunjukkan Jong-un melawat Pameran Pakaian dan Kasut Kebangsaan 2026 kelmarin dengan diiringi anak perempuannya, Kim Ju-ae serta isteri, Ri Sol-ju. 

Selain meneliti setiap produk yang dipamerkan, beliau dilihat berinteraksi dengan beberapa pegawai. 

Foto itu muncul selepas dakwaan mengenai keadaan kesihatan Jong-un tersebar luas di media sosial minggu lalu. Beliau didakwa mengalami pendarahan otak dan berada dalam keadaan koma sebelum dibawa ke Beijing untuk menerima rawatan kecemasan. 

Beberapa dakwaan lain menyatakan bahawa Jong-un dibawa ke sebuah hospital di Beijing disebabkan kemudahan perubatan yang terhad di Pyongyang. 

Ada juga laporan yang menyebut berlaku perebutan kuasa di Korea Utara. 

Bagaimanapun, tiada sebarang bukti yang menyokong semua dakwaan tersebut. 

KCNA melaporkan, Jong-un melawat pameran yang menampilkan lebih 70,700 pakaian dan lebih 170,000 pasang kasut itu kelmarin, manakala laporan agensi berita rasmi itu juga belum dapat disahkan. –  AGENSI

The post Kim Jong-un melawat ekspo selepas didakwa meninggal dunia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved