Kim Kardashian Dakwa Dirinya Hampir Dirog*l Sewaktu Rompakan Di Paris

14 May 2025 • 9:51 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selebriti Kim Kardashian mengaku kepada mahkamah dia percaya dirinya bukan sahaja akan mati sewaktu rompakan tetapi juga hampir dirogol oleh perompak yang melarikan barang kemas bernilai jutaan dolar di sebuah bilik hotel di Paris pada 2016 silam.

Kim, 44,  memberitahu dia hanya memakai jubah mandi sewaktu insiden berlaku. Seorang daripada lima perompak telah menarik dan mendedahkan keseluruhan badan badannya (bogel).



“Saya yakin saya hampir dirogol pada waktu kejadian,” dakwanya seperti dilaporkan NBC News. Namun dia terselamat kerana kakinya telah diikat.



Menerusi kenyataan saksi yang diberikan, Kim juga menceritakan detik dirinya diikat, dicampak ke atas katil, berdepan situasi genting diacukan pistol sehingga berjaya melepaskan diri.



“Saya juga fikir saya pasti akan mati,” katanya lagi.



Namun dia terselamat kerana kesemua perompak hanya membawa lari barangan kemas seperti dua gelang berlian jenama Cartier, subang berlian dan rantai berlian yang bernilai jutaan dolar. Turut dirompak adalah cincin yang diberi bekas suaminya, Kanye West yang bernilai RM17 juta.



Dia juga berjaya melepaskan diri selepas seorang perompak meninggalkannya di bilik mandi sebelum menyelamatkan diri dengan pergi ke bilik pendandan rambut untuk mendapatkan bantuan.



Kim berada di Paris untuk mengikuti acara Fashion Week pada Oktober 2016.