Kim Pan-gon Kini Jurulatih Pasukan Korea Selatan, Ulsan HD

28 Jul 2024 • 3:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekas ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon telah dilantik oleh kelab jaguh Korea Selatan, Ulsan HD sebagai jurulatih baharu.

Difahamkan, perkara tersebut disahkan oleh kelab Ulsan HD sendiri yang telah membuat pengumuman mengenai perkara berkenaan di laman sosial mereka.

Secara tidak langsung, pengumuman tersebut mengakhiri teka-teki mengenai pergerakan bekas jurulatih Harimau Malaya setelah meninggalkan skuad kebangsaan tidak beberapa lama dahulu.

image is not available
Kim pan-gon


“Buat pertama kali saya dilantik selaku pengendali di Liga Korea Selatan. Saya rasa seperti baharu kembali daripada perjalanan yang jauh,” kata Pan-gon.

Sebelum ini, Kim Pan-gon dikatakan turut menerima tawaran dari sebuah kelab Hong Kong namun tidak menerimanya kerana tidak mahu ke sana buat kali ketiga.

Pan-gon bakal menggantikan tugas bekas pengendali, Hong Myung-bo yang kini bergelar Ketua Jurulatih Korea Selatan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.