Kim Seri Tak Pernah Rasa Malu Dengan Pekerjaan Suami - “Ada Yang Komen Suami Kerja Hotel Je…”

27 Jun 2025 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh, Kim Seri menyatakan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang tidak berkira dan bekerja keras demi keselesaan keluarga.
 

Tak pernah rasa malu pekerjaan suami

Seri menerusi hantaran di Insta Story miliknya berkata dia tidak pernah berasa malu dengan pekerjaan suaminya asalkan sumber pendapatan itu halal.


 


“Seorang suami yang sangat bekerja keras untuk kejar impian. Ade yang komen suami dia kerja hotel je.


 

“Ya, suami saya buat macam-macam kerja, kerja buat bisnes sendiri, kerja dengan orang, hantar barang. 
 
“Saya tak pernah malu apa kerja dia buat asalkan halal. Setakat ni tak pernah minta saya bayar sewa,
bil, tax, insurans semua dia bayar termasuk bil-bil saya sekali.

 


“Skincare dan apa sahaja yang isteri nak makan tak pernah kedekut,” luahnya.


 

Tak perlu lelaki kaya, bertanggungjawab lebih penting

Dalam pada itu, Seri juga berkata dia tidak memerlukan lelaki kaya sebagai suami tetapi cukuplah sekadar tahu tentang tanggungjawab selepas berkahwin.


 

“Saya tak perlu lelaki kaya, cukup tahu tanggungjawab sudah cukup. Lelaki perlu ada rasa tanggungjawab untuk kerja, sediakan kelengkapan dan bukan minta duit perempuan semata. 

 


“Sekali sekala tak apa, tapi kalau selalu humm... Fighting suamiku!” tulisnya.

 


Sebelum ini, Seri menyifatkan suaminya,

kerana tidak putus putus memberikan semangat walaupun dirinya berada dalam kesusahan.


 


Terdahulu, nama Kim Seri mencetuskan kontroversi selepas beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan yang dikelolakan oleh pempengaruh itu. Jumlah kerugian yang dilaporkan mencecah RM500,000.


 


Susulan dakwaan tersebut, Kim Seri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji akan membayar semula wang pelanggan selewat-lewatnya pada 1 Februari 2025.


 


Namun begitu, sebahagian mangsa mendakwa sehingga kini mereka masih belum menerima bayaran balik.