Kim Woobin & Suzy Berpegangan Tangan, Drama ‘All The Love You Wish For’ Umum Barisan Pelakon Penuh

Entertainment
20 May 2024 • 11:28 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tak lama lagi, penonton sekali lagi akan dapat lihat gandingan Kim Woo-bin bersama Suzy!

Terbaru, Neflix telah melancarkan foto ketika sesi pembacaan skrip drama “All The Love You Wish For”, yang bakal diterajui Kim Woo-bin dan Suzy.

Untuk pengetahuan, ini merupakan reunion mereka selepas drama “Uncontrollably Fond”, meningkatkan jangkaan penonton untuk melihat keserasian dua pelakon sekali lagi.

Ditulis oleh penulis popular Kim Eun-sook, “All The Love You Wish For”, ialah drama romantik komedi fantasi tentang jin emosi yang terperangkap di dalam lampu dan wanita yang membantunya melarikan diri dari penjara.

Sementara itu, pelakon lain yang akan turut memeriahkan lagi drama ini adalah Ahn Eun-jin, Noh Sang-hyun, Go Kyung-pil dan Lee Joo-young.

Nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.