Kinabalu Jaguar FC kukuhkan kedudukan 

Football
16 Jun 2022 • 9:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kinabalu Jaguar FC (KJFC) mengukuhkan cengkaman di tangga teratas Kumpulan A apabila mereka membelasah Tun Razak City FC 6-0 dalam saingan Liga M3 di Stadium Likas pada Selasa lalu.

Ia juga merupakan kemenangan 6-0 kedua mereka di laman sendiri musim ini selepas turut membelasah Ultimate FC awal bulan ini.

Walaupun kehilangan khidmat pemain pasukan pertama, Leopold Alfonso, Mohd Aidil Safee dan Azmizan Ruslih, yang digantung kerana tiga kesalahan kad kuning, mereka tidak mengambil masa yang lama untuk mencari gol.