Kingston Memperkenalkan Sejumlah Produk Storan Dan Memori Baru Di Computex

TechnologyDigital
23 May 2025 • 9:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kingston, syarikat pembuat produk dan komponen storan dan memori terkemuka telah memperkenalkan sejumlah produk tersebut sewaktu acara Computex Taipei.

Pertama ialah storan SSD Kingston Fury Renegade G5 SSD, iaitu sebuah storan SSD PCIe Gen5 yang hadir dengan kadar pembacaan data 14.8GB/s dan penulisan data 14GB/s. Storan SSD ini juga hadir dalam pilihan 1TB sehingga 4TB.

image is not available

SSD ini dibina untuk mereka yang membina komputer berprestasi tinggi, dan boleh dimanfaatkan oleh mereka yang menggerakkan perisian yang memerlukan storan yang pantas, seperti perisian suntingan video, objek 3D dan sebagainya.

Kingston DC3000ME SSD pula ialah storan SSD PCIe Gen5 untuk mesin pelayan pusat data yang hadir dengan kelajuan pembacaan data sepantas 14GB/s dan hadir dengan sela masa rendah yang membolehkan mesin pelayan tersebut untuk mengakses dan menghantar keluar data dengan lebih pantas.

image is not available

Hadir dalam rekabentuk U.2, storan ini hadir dalam pilihan storan 3.84TB, 7.68TB, dan 15.36TB.

Dalam pada itu, Kingston juga telah memperkenalkan storan USB mudah-alih Kingston DataTraveler Exodia S, iaitu storan USB mudah-alih yang menggunakan sambungan USB 3.2 Type-A dalam rekaan yang sangat padat. Storan ini hadir dengan pilihan storan 64GB, 128GB, 256GB dan 512GB.

image is not available

Ia juga hadir dengan pilihan warna menarik, sesuai untuk anak-anak muda yang mahukan aksesori yang berwarna-warni.

Kingston mengatakan bahawa SSD dan storan mudah-alih ini akan dilancarkan sepanjang tahun ini.