Kini, Anda Boleh Semak Kelayakan Penerimaan SARA RM100, Dan Kedai Yang Boleh Digunakan

LocalPersonal Finance
21 Aug 2025 • 11:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan sedia mengumumkan penawaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) khas melibatkan semua yang berumur di atas 18 tahun (yang lahir pada 2007 dan sebelumnya), sebanyak RM100 sebelum ini. Selari dengannya, kini sistem SARA dikemaskini, dan para penerima boleh menyemak kelayakan melalui platform SARA bermula hari ini.

Kementerian Kewangan menyatakan seramai 22 juta warganegara dengan MyKAD akan menerima bantuan penghargaan sebanyak RM100 ini. Ia akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025 kelak.

image is not available

Tiada pendaftaran atau permohonan perlu dibuat untuk menerima bantuan penghargaan ini. Para pengguna akan menerimanya secara automatik. Namun, dalam menyemaknya, anda boleh ke laman SARA hari ini, dan melakukan semakan status.

Bersama semakan status, anda turut boleh melihat kepada kedai-kedai berdekatan yang anda boleh beli barangan menggunakan baki berkenaan. Seperti dimaklumkan, kredit akan dimasukkan berkuat-kuasa 31 Ogos 2025 kelak.

image is not available

Bagi anda yang berminat untuk menyemaknya, boleh berkunjung ke halaman SARA hari ini.