Honor telah melancarkan telefon boleh katup terbarunya Magic V Flip2 di China. Peranti dilengkapi dengan pelbagai ciri yang menonjol dalam kelasnya bersama reka bentuk yang menawan. Peranti juga hadir dalam empat pilihan warna iaitu biru, ungu putih dan kelabu.

Honor Magic V Flip 2 dilengkapi dengan skrin LTPO OLED dengan saiz 4.0” beresolusi 1200×1092 piksel di luar. Sementara itu, skrin utamanya bersaiz 6.82 inci dengan resolusi 2868×1232 piksel. Ia dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Gen 3, memori sehingga16GB RAM dan storan dalaman 1TB.
Tetapan kamera peranti terdiri dengan sensor utama 200MP (OIS) + 50MP (ultra-lebar dan makro) bersama kamera 50MP yang diletakkan pada skrin dalam. Ia turut menyokong pelbagai mod rakaman termasuk mod malam, rakaman suara dan kawalan isyarat.

Bateri 5500mAh digunakan menyokong pengecasan pantas berwayar 80W dan nirwayar 50W. Selain itu, peranti ini dilengkapi ciri kalis air dan debu IP58 dan IP59, di samping pembesar suara stereo dengan audio HONOR Sound. Harga jualan penuh peranti adalah seperti dibawah:
- 12GB + 256GB = ¥5499 (~ RM3,236)
- 12GB + 512GB = ¥5999 (~ RM3,531)
- 12GB + 1TB = ¥6499 (~ RM3,825)
- 16GB + 1TB (edisi Jimmy Choo) = ¥7499 (~ RM4,413)



