Kini Dibuka, Ini Cara Permohonan Sukarelawan F1 Sepang 2026

27 Jul 2026 • 6:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kini Dibuka, Ini Cara Permohonan Sukarelawan F1 Sepang 2026

Kini Dibuka, Ini Cara Permohonan Sukarelawan F1 Sepang 2026

Selepas sembilan tahun menyepi, akhirnya Formula 1 (F1) kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang (CIS) bermula 2 hingga 4 Oktober ini.

Sudah tentu, kehadiran F1 ini menarik perhatian seluruh dunia khususnya industri sukan dan pelancongan Malaysia.

Malah, peminat sukan permotoran kini berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada acara berprestij ini, dengan permohonan sukarelawan F1 Grand Prix Bahrain telah dibuka.

Baca juga:

Permohonan Sukarelawan F1

Menerusi borang permohonan di laman rasmi SIC, orang ramai yang berminat boleh mendaftar sebagai sukarelawan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang membantu menjayakan acara berprestij berkenaan.

Berdasarkan maklumat yang dinyatakan, elaun sebanyak RM60 sehari selain disediakan makanan sepanjang berlangsungnya hujung minggu perlumbaan antara manfaat yang bakal diterima sukarelawan terpilih.

Sementara itu, jadual bertugas pula bergantung kepada tugasan yang diberikan serta keperluan pihak penganjur.

Antara syarat dan kriteria yang diminta adalah butiran peribadi, alamat kediaman serta pengalaman terdahulu sebagai sukarelawan di SIC (jika ada).

Image from: Kini Dibuka, Ini Cara Permohonan Sukarelawan F1 Sepang 2026

Semalam, Malaysia sah menjadi hos perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang. Ia selepas Formula 1 dan FIA mengesahkan menerusi satu kenyataan.



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved