Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan kini sedang mempertimbangkan jualan ‘Tiket MADANI’ bagi perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air 2026 di Sepang yang bakal berlangsung pada Oktober ini, yang mana tiket akan dijual dengan harga yang lebih berpatutan.
Tambahnya, beliau akui harga tiket bagi acara sukan antarabangsa berprestij itu agak mahal, tetapi ramai rakyat tempatan berminat untuk menontonnya.
Artikel berkaitan: KDN Salur RM600,000 Naik Taraf Kemudahan Melalui Program Kampung Dan Sekolah Angkat MADANI
Artikel berkaitan: JPJ Diarah Bayar RM40,000 Berhubung Kes Hak Cipta Plat MADANI

Biarpun sedang dalam pertimbangan, beliau mengingatkan bahawa tempat duduk yang disediakan harus sepadan dengan harga tiket yang telah ditawarkan.
“Ramai sudah membeli tiket… (ada yang kata) tiket mahallah tapi nak buat macam mana, (acara) antarabangsa.
“Nak suruh orang datang, orang tanya saya “PM, ada tak Tiket MADANI? Kami kena beli tiket, yang paling murah RM200. Bagilah tiket MADANI.”
“Insya-Allah… tapi jangan (minta tempat) duduk depan sangat. Nak bayar Tiket MADANI, jangan duduk depan sangatlah.”
Sebagai info, Malaysia sah menjadi tuan rumah bagi perlumbaan F1 GP Bahrain Gulf Air 2026 di Sepang pada Oktober nanti.
GP Bahrain sepatutnya berlangsung April lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan pada Mac bersama GP Arab Saudi berikutan dengan perang di Iran. Bahrain berharap dapat menjadualkan semula perlumbaan itu pada 4 Oktober, namun peningkatan konflik bulan ini menyebabkan rancangan itu tidak dapat diteruskan.
Sumber: Berita Harian
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.






