
Aplikasi MySejahtera kini dikemaskini dan menyertakan sebuah fungsi baharu dinamakan MyLapor. Melaluinya, orang ramai boleh melakukan laporan berhubung dengan kesalahan melibatkan produk rokok – termasuk aduan berkaitan merokok dikawasan larangan, penjualan, pengedaran dan juga turut melibatkan rokok elektronik atau vape.
Melalui MyLapor di MySejahtera, pengguna dengan mudah boleh memilih kategori – termasuk melaporkan aktiviti merokok oleh mereka berumur bawah 18 tahun. Anda hanya perlu memuat-naik gambar, dan seterusnya melakukan laporan terus pada aplikasi MySejahtera.

Bagi anda yang menggunakan MySejahtera, boleh mengemaskini aplikasi anda ke versi terkini dalam membolehkan anda mengakses MyLapor, dan melakukan laporan dalam menjaga kesejahteraan bersama.





