Kioxia Dan SanDisk Mahu Melaburkan $31 Bilion Di Jepun Untuk Menambahkan Kapasiti Pengeluaran Komponen Storan

TechnologyBusiness & Finance
28 Aug 2026 • 1:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Syarikat-syarikat pengeluar komponen storan Kioxia dan SanDisk baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bersama, mengatakan bahawa mereka mahu melaburkan sebanyak 5 trilion yen ($31 bilion) untuk membangunkan dan memesatkan industri pengeluaran komponen cip NAND di Jepun, bergantung kepada sokongan daripada pihak kerajaan negara tersebut.

Jika kerajaan Jepun bersetuju untuk membantu kerjasama ini, pelaburan ini dijangka akan membolehkan Kioxia dan SanDisk untuk meneruskan kerjasama mereka sehingga tahun 2032, menyiapkan pembangunan tambahan untuk kilang Kioxia dan Kitakami di Yokkaichi dengan lebih cepat, dan membolehkan kedua-dua syarikat ini untuk menghasilkan jumlah komponen NAND yang banyak pada kadar yang lebih pantas.

Image from: Kioxia Dan SanDisk Mahu Melaburkan $31 Bilion Di Jepun Untuk Menambahkan Kapasiti Pengeluaran Komponen Storan

Sebelum ini, Kioxia dan SanDisk sudahpun bekerjasama untuk sekian lamanya dan telah melaburkan sebanyak 9 trilion yen untuk membangunkan sektor pengeluaran komponen NAND dan menaikkann sektor pengeluaran Jepun.

Pada bulan Januari, Kioxia telah mengesahkan penambahan kapasiti dan pembangunan bahagian baru di kilang Yokkaichi mereka, manakala kilang di Kitakami juga akan memperlihatkan pembukaan bahagian kilang baru yang dinamakan Fab3 yang akan menghasilkan komponen BiCS FLASH 3D NAND terbaru mereka yang dijangka akan beroperasi pada tahun 2029 kelak.

Kedua-dua Kioxia dan SanDisk tidak mengesahkan bagaimanakah pelaburan 5 trilion yen ini akan dipecahkan, tetapi buat masa ini nampaknya ini adalah anggaran pelaburan yang akan dilakukan oleh kedua-dua syarikat ini untuk membangunkan kilang-kilang mereka dan memastikan bahawa mereka boleh menghasilkan komponen-komponen NAND yang terbaru tanpa sebarang isu.

Sumber: Kioxia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved