Kisah Di Sebalik Jersi Putih Arsenal

FootballSports
13 Jan 2025 • 11:25 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kisah Di Sebalik Jersi Putih Arsenal

Dalam perlawanan Arsenal menentang Man United awal pagi tadi bagi saingan Piala FA, kenapa Arsenal pakai jersi warna putih?

Walaupun Arsenal sebagai tuan rumah, tapi Arsenal tidak mengenakan jersi merah seperti biasa. Apa simboliknya jersi putih itu?

Jersi itu juga dilihat tiada cetakan nama pemain di belakang seperti jersi yang biasa digunakan.

Kempen ‘No More Red’

Sebenarnya jersi itu adalah sempena kempen “No More Red’ iaitu kempen kesedaran dan mencegah kekerasan terhadap anak muda.

Kempen ini juga telah berlangsung sejak empat tahun lepas dan kali pertama jersi putih ini dipakai ketika saingan Piala FA lawan Liverpool.

Jersi ini juga tidak dijual secara komersial tapi akan diberikan secara percuma kepada individu dan organisasi yang telah membawa perubahan kepada komuniti mereka.

image is not available
Sky Sport

Ia selaras dengan objektif dan matlamat kempen “No More Red” yang diperjuangkan oleh pasukan Arsenal.

Dengan mengenakan jersi putih ini, Arsenal berharap dapat menarik perhatian terhadap isu kekerasan di kalangan remaja dan mendorong tindakan positif dalam masyarakat.

Legenda Arsenal, Ian Wright berpendapat setiap anak muda berhak mendapat peluang untuk mengekspresikan diri. Peluang untuk hidup dalam persekitaran yang selamat.

“Peluang untuk hidup bebas daripada ketakutan terhadap keganasan.”

“Kita tidak boleh menerima kehilangan nyawa akibat keganasan belia sebagai sesuatu yang ‘normal’ di bandar kita”

“dan adalah amat penting bagi kita semua untuk bekerjasama mencipta persekitaran yang lebih baik untuk golongan muda,” kata Wright.

Sumber: Goal.com