Kisah Ibu Daki Bukit Demi Lihat Pesawat Anak Berlepas Sentuh Hati Ramai

7 Apr 2026 • 9:48 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kisah Ibu Daki Bukit Demi Lihat Pesawat Anak Berlepas Sentuh Hati Ramai

China - Seorang ibu sanggup memanjat sebuah bukit semata-mata untuk melihat pesawat anak perempuannya berlepas, dalam satu kisah menyentuh hati yang tular di media sosial.

Menurut laporan daripada MS News, kisah yang menggambarkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya itu mendapat perhatian ramai pengguna internet.

Wanita berkenaan mendaki bukit berhampiran lapangan terbang bagi melihat anaknya lebih lama sebelum berpisah.

Memetik Yangtze Evening News, anak wanita tersebut dikenali sebagai Hui memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya di Hangzhou selepas menyambut Festival Musim Bunga di kampung halamannya di Yan’an.

Ibu bapa wanita itu menghantarnya ke lapangan terbang sebelum berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut berikutan tidak pernah menjejakkan kaki di sana.

Baca juga:

Mereka kemudian dimaklumkan oleh seorang penduduk tempatan bahawa terdapat sebuah bukit berhampiran yang membolehkan orang ramai melihat pesawat berlepas.

Tanpa diduga, ibu Hui mengambil keputusan untuk mendaki bukit tersebut dan bertanya kepada anaknya tentang pesawat yang dinaiki.

Bagi memudahkan pengecaman, wanita tersebut memaklumkan warna pesawat kepada ibunya.

Biarpun dia mengetahui ibunya berada di atas bukit, wanita berkenaan tidak menyangka dapat melihat ibunya dari dalam pesawat.

"Saya langsung tidak tahu di mana dia berada, atau sama ada pesawat akan berada di sebelah kiri atau kanan semasa bergerak. Jadi saya tidak pernah terfikir dapat merakam ibu saya," katanya.

Namun ketika merakam pemandangan semasa pesawat berlepas, wanita itu ternampak kelibat seseorang di puncak bukit.

"Pada hari berkenaan, ibu saya kebetulan memakai gaun berwarna oren, dan saya nampak satu titik kecil di puncak gunung yang jauh.

"Apabila saya zum masuk, memang benar itu ibu saya. Saya fikir dia melambai, jadi saya dengan teruja melambai semula dari dalam kabin," tambahnya.

Selepas tiba di destinasi, Hui mendapat tahu bahawa ibunya turut mengambil gambar pesawat yang dinaikinya semasa berlepas.

Dia juga menerima mesej daripada bapanya yang memaklumkan bahawa ibunya mendaki bukit tersebut hanya untuk melihatnya lebih lama.