Kisah Penghijrahan Nora Danish Undang Perhatian Ramai

LocalEntertainment
13 Jun 2025 • 12:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Nora Danish

Pelakon jelita, Nora Danish sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila perkongsian kisah penghijrahannya tular di TikTok

Dalam sebuah sesi temubual, aktres ini berkongsi detik-detik menyedihkan yang membawa dirinya berubah menjadi wanita Muslim yang lebih baik.

Menurut Nora, dia pernah merasa kosong dan serba tidak kena dalam hidupnya, dan mula tertanya-tanya punca kepada rasa itu.

Saya hilang cinta Allah, sebenarnya saya tak ada benda tu dalam hidup saya. So sebab itu hidup saya tak sempurna, tak perfect.

Ujarnya, selepas menyedari kekurangan itu, dia mula mendekatkan diri dengan Al-Quran dan belajar lebih mendalam tentang Islam. Di situlah dia temui semula ketenangan yang hilang selama ini.

“Allah tak pernah tinggalkan saya” – Nora Danish

Paling menyentuh hati, Nora turut berkata walaupun dirinya lalai satu ketika dulu, Allah SWT tetap memeliharanya dengan penuh kasih sayang.

Dia tidak pernah tinggalkan saya walaupun sedikit, Dia bagi je apa yang saya nak. Dia tetap jentik saya dalam keadaan yang baik, bukannya saya kehilangan benda yang besar.

Netizen terharu dan doakan Nora terus istiqamah

image is not available

Kalau koramg tengok ruangan komen, ramai yang mendoakan Nora. Rata-rata netizen tersentuh dengan keikhlasan pengakuannya dan berharap dia terus kuat dalam memperbaiki diri.

Pssttt! Hidayah itu milik Allah dan boleh datang bila-bila masa. Yang penting, kita sentiasa terbuka untuk berubah dan kembali kepada-Nya. Jangan pernah putus asa mencari cinta Allah.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.