Kisah Sejarah Moden, Jeon Yeobeen Dilamar Sertai Jung Woosung Dalam ‘Made In Korea’

8 Mar 2024 • 1:49 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Jeon Yeo-been dikatakan bakal kembali dengan drama baru!

Pada 8 Mac, media melaporkan bahawa Jeon Yeo-been telah dilamar untuk menyertai drama sejarah, “Made in Korea”.

Dalam masa yang sama, selepas laporan itu dikeluarkan, agensi pelakon itu telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tawaran tersebut. Mereka berkata,

Jeon Yeo-been masih lagi sedang mempertimbangkan tawaran yang diberikan.

Sementara itu, drama yang belatarbelakangkan zaman 70-an itu mengisahkan tentang peristiwa besar dalam sejarah moden Korea Selatan yang terjadi pada era Donghak tahun 1970.

image is not available

Terlebih dahulu, pasukan produksi telah mengesahkan bahawa Jung Woo-sung akan melakonkan watak sebagai seorang pendakwa raya bernama Jeon Geon-young. Manakala, Hyunbin masih lagi belum memberi sebarang kata putus mengenai penglibatannya.

Drama “Made in Korea” ini dijangka akan memulakan penggambaran mereka pada musim panas ini.

Mesti gempak kan drama ni nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.