Kisah wanita sentuh hati, Pak Nil sumbang RM3,000

19 Mar 2026 • 4:57 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang wanita tidak dapat menahan sebak apabila penyampai radio Kool FM, Aznil Haji Nawawi, memberikan sumbangan berjumlah RM3,000 kepadanya ketika membuat panggilan ke stesen radio berkenaan.

Pemanggil yang dikenali sebagai Amira sebelum itu berkongsi situasi dirinya dan suami yang berusaha sehabis baik untuk menambah pendapatan, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Suami saya bekerja tetapi tiada bonus. Kami pula baru berpindah, mengikut suami supaya dia lebih dekat dengan ibu bapanya.

“Beberapa hari lagi nak raya, kami hanya saling berpandangan. Kami sendiri tidak tahu hendak berkata apa. Kami bukanlah terlalu susah, tetapi kami tetap ada rasa ingin memberi dan bersedekah.

“Macam mana nanti adik-beradik lain bersalam dengan mak ayah sambil memberi sampul duit raya, sedangkan kami fikir untuk anak sendiri pun mungkin beri, dan mungkin juga terpaksa guna semula,” katanya.

Baca juga:
https://www.tiktok.com/@datukaznilnawawi/video/7618819191881157906?_r=1&_t=ZS-94oXYjsHtnZ

Perkongsian Amira itu membuatkan Pak Nil tersentuh hati dan menyatakan hasrat untuk membantu.

“Amira, kalau Pak Nil kirimkan duit raya untuk ibu, ayah, anak-anak dan anak-anak buah, boleh tak? Bagi pihak Pak Nil,” katanya.

Pada mulanya, Amira menolak, namun Pak Nil menjelaskan bahawa itu adalah hajatnya sebelum memindahkan wang ke akaun bank milik wanita tersebut.

“Pak Nil, saya nak cari RM30 pun susah sekarang,” katanya dalam nada sebak.

Situasi itu bukan sahaja membuatkan Pak Nil mengalirkan air mata, malah dua lagi penyampai radio, Haiza dan Muaz, turut dilihat sebak.

The post Kisah wanita sentuh hati, Pak Nil sumbang RM3,000 appeared first on The Reporter.